Searching...
Tuesday, January 14, 2014

R.I.P

‘Dilema’


‘Facebook kena hack ke?’ tanyanya, penuh curious. 
‘Kenapakah?’ macam pelik je soalan tu. 
‘Weh, mana boleh jawab soalan dgn soalan. Nak kena betul…’ tone dia dah naik senada.. 
‘Ala, relax ar. Kenapakah? Apa dah jadi dgn fb tu?’ ada ke call semata-mata sebab fb… haru-biru.. Cer cari topik aras tinggi sikit.
‘Tak la, just encountered a post dgn sepatah perkataan ‘dilema’. Tanpa angin tanpa ribut. And it just sounds unlike u…’ jelasnya.
‘Oh, yg tu ke? Hahaha. Tu namanya open table for discussion.. kes otak terkeluar dari soket tiba-tiba.’

E-mel & Saki-baki harapan

            It just a case semasa final exam. Kes menjawab soalan cepu emas yang akhirnya buat diri rasa sedih tiba-tiba. Teringat quote yang satu: ‘Happiness is doing what you like and liking what you did’. Dan soalan dari pak cik penghantar e-mel memang sungguh-sungguh buat diri terpaksa rewind semua yang terjadi.  

Mohon penjelasan jika tidak keberatan cita cita saudari nak menjadi seorang arkitek? Kerana kursus yang di ambil tu nampak ke arah lain. Atau bagaimana?”  

Namun, hikmah di sebalik soalan yang satu itu baru tersedar yang masih ada saki-baki harapan. Masih mengharap pada benda yang pergi. Masih mengharap yang takdir terjadi seperti yang dirancang. Masih ingat rancangan 10 tahun akan datang yang ditulis dengan penuh semangat yang terasa hancur sekelip mata. Soalnya sekarang; bahagiakah anda?

Result for open table for discussion:

            Just top two fb comments that you should remember till your last breath:

11. sebeluma apa2..ini AMARAN..pendapat ini adalah dari pemikiran kneah sndiri..hehe..tak perlu dijadikan guideline..rasanya, xpayah iqah..jadilah seorang pendidik..itu lg sesuai utk org perempuan..(wpun i'm not a teacher, i can feel that..hehe) I think iqah leh re-read kt blog iqah yg iqah tulis pasal nasihat umi halimaton tu.. erm2, btw, tesl is not that bad..iAllah, ada sebab musabab Allah letakkan iqah dalam bidang ini.. Just think postive, iAllah..
(Tuan Pengarah NK, 2014)

2. guru adalah arkitek kemanusiaan  pendakian dah sampai ke atas, alang2 mendaki biar sampai ke puncak. 1st degree insya-Allah dlm genggaman. alang2 menggemgam bara api biar sampai jadi arang.. (P.cik Sporting, 2014)


Pesan Umi Halimaton

            ‘Kalau nak jaga adik, ambil Tesl, jangan ambil architecture.’ (Umi Halimaton, 2009). Beberapa bulan lepas tu, umi dijemput illahi. Terkedu. Ya, walaupun sememangnya sebelum tu rasa nak let go je semua cadangan-cadangan yang tak setuju dengan cita-cita yang satu. Tapi, pesan umi dah bertukar jadi wasiat yang tak mungkin dipangkah masa tu. Sebenarnya umi dah tolong fikir semasak-masaknya. Umi jelaskan baik buruk dan realiti semasa serta bandingkan antara dua jurusan. Paling penting umi menekankan tentang masa, komitmen dan tempat kerja. Karier seorang guru lebih fleksibel. Masih boleh bahagikan masa untuk kerja dan adik-adik. Sesibuk manapun dia, masih boleh fokus tentang adik-adik. Tempat kerja ada kat mana-mana, bukan kat bandar besar je. 

            Cuma masalahnya , I really feel that I was not that so patient.
It’s ok, Tuan Pengarah NK said: you can control your anger…



What’s the matter?

            It makes me took a week after final exam to rethink. Berkabung dari segala projek.  Kalau ikutkan hati, memang rasa nak off u go; let’s drop this course and begin a new life with what you really want. Dear self, is Tesl that bad? Couldn’t you just be like a postage stamp? Stick to whatever you do until you reach the destination? Couldn’t you just stop comparing between those two careers? Let bygone be bygone~

            Mungkin ni effects semester 6 yang sangat-sangat menguji iman. Impak subjek theatre yang benar-benar buat rasa penat. Rehearsal and performances tanpa henti benar-benar menduga sabar di hati. Penat dengan unshared value. Penat dengan freedom without boundaries. Benar kata Cikgu Zaiton; ‘Bila kita belajar bahasa, kita akan belajar budaya; perlu kuat agar dapat pertahankan iman di dada.’ Harus terima hakikat, theatre is a part of their culture.

Pengarah: Officially, you had been elected as president for decoration for House of Terrors (our theater’s house name)
            Measmyself: Cadangan ditolak
            Pengarah: Why? Nak jadi president unit lain ke?
            Measmyself: Tak nak.
            Pengarah: Habis? Semua u tak nak, nak jadi pengarah ke?
            Measmyself: Mintak simpang.. I tak nak jadi apa-apa. That’s all. Thank u.

Esoknya rasa nak sepak laju-laju je pengarah. ‘I had made it clear. I don’t want any post. Faham tak? See, all units have 1 president and 1 vice president. Why decoration needs two vice presidents? And why involved me?’ 

Pengarah’s  answer was so simple; ‘I couldn’t find anyone else. I know you can do it’ 

and seriously ‘that’s not sweet at all.’

Di kala keharubiruan hidup, memang boleh buat teringat tawaran untuk course architecture yang satu: fast track degree tanpa foundation. Just a 4 years program compare with 5 and a half year of Tesl program. Membayangkan yang sekarang dah konvo dan dah kerja. Ok. It just an imagination yang patut dicampak masuk ke laut.

De clutter your mind

You should remember a fact in de-clutter your mind: if you want to be focus in life, you should not rewind the past unnecessarily. And one of the ways of preventing it is by reciting istighfar. Mungkinkah mengingati perkara-perkara yang dah lepas mengurangkan rasa syukur dalam hati?

p/s: Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman)


Self-Reflection: Hikmah pasti ada

1.    Nazmi Studio

Secara jujurnya, projek penghasilan Nazmi Studio adalah berasaskan misi memotivasikan diri untuk study. Bukan mudah belajar subjek yang tak tersenarai dalam top-subjek-yang-best-di-dunia. Sungguh, photoshop has its own therapeutic effect. Deal of the day mudah je ‘if you settle the given assignment and complete your revision; you can play photoshop’ Boleh siapkan poster program, boleh buat itu-ini; janji ‘study first, the rest can wait’. Dari sisi lain, mungkin kalau dah ambil architecture dah tak kisah tentang poster tarbawi… Juga, mungkin di sisi Allah menjadi designer itu lebih baik dari menjadi architect. Apapun, Allah knows better.

2.    Cheerful Community

Allah hadirkan ramai insan yang baik, bahagia lagi menceriakan. Most of the time, terlalu baik sampai rasa tak layak berada dalam kalangan mereka. Ada kakak-kakak yang boleh diganggu gugat kehidupan, adik-adik yang boleh dibuli sesuka hati, sahabat yang sangat setia di sisi. Mak-cik2 yang dah macam umi sendiri, pak cik yang sangat sporting; Terlalu ramai dan terlalu baik. Soalnya, bila anda wahai diri ingin menjadi baik dengan study baik-baik?

3.    Self-development

Betul la, Allah uji dengan benda yang kita sangat ingin sangat mahu. Kalau tak bukan ujian namanya. Benarlah Allah nak ajar tentang erti di sebalik cita-cita. Kalau cuma fokus karier di dunia: ianya cuma short-term objective. Cita-cita yang terhenti setelah sampai fasa pencen. Andai benar-benar mahu berjaya, perlu ada long-term objective. Perlu aim ingin ke syurga dan pasti jalan ke sana bukan mudah seperti yang disangka. Sejujurnya, bila belajar subjek yang kita tak pasti tahap kemampuan diri, lebih mudah untuk tawakal 100%... lebih mudah untuk buat kita sedar diri. Benar-benar rasa yang tiada yang mampu membantu melainkan Dia. Benar-benar belajar erti redha, benar-benar perlu proses hati untuk sabar~


The Quotes Collection

1.    'Janganlah kamu menekan jiwa kamu hanya disebabkan sesuatu bala yang menimpa kamu kerana sesungguhnya tuhan yang menguji kamu dengan takdir yang kamu tidak suka itu adalah tuhan yang sama yang telah memberikan segala nikmat dan perkara-perkara yang kamu suka'
(both big sisters say so, 2014)
 

2.    ‘Your life might feel down sometimes, but all you have to do is trust Allah, He is the Best of planners. If your life is not going the way you planned, it is going exactly the way Allah planned, so Trust Him’ (Along, 2014)

3.    “Segala luka & kecewa tampaknya kan malu & meniada: ketika kita insafi bahawa Allah Yang Maha Mengatur tak pernah keliru, tak pernah aniaya”  (Salim A. Fillah)


4.    Kekhawatiran tak menjadikan bahayanya membesar. Hanya dirimu yang mengerdil. Tenanglah, semata karena Allah bersamamu. Maka tugasmu hanya berikhtiar. Dan di sana pahala syurga menantimu” (Salim A. Fillah)


5.    “Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan.. Meloncati rasa suka dan tidak suka.. Melampaui batas cinta dan benci.. Karena hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi.. Karena seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat.. Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.. Tapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang, Allah lebih tahu tentang kita..” (Salim A Fillah)


6.    “Hai dunia, menjauhlah dariku! Mengapa engkau datang padaku? Tak adakah orang lain untuk engkau dayakan? Adakah engkau sangat menginginkanku! Tipulah orang lain! Aku tak memiliki urusan denganmu! Aku telah menceraikanmu tiga kali, yang sesudahnya tak ada rujuk lagi. Kehidupanmu singkat, kegunaanmu kecil, kedudukanmu hina, dan bahayamu mudah berlaku! Ah, sayang. Sangat sedikit bekal di tangan, jalan begitu panjang, perjalanan masih jauh, dan tujuan sukar dicapai!" (Saidina Ali)


R.I.P


It’s ok to let go. It’s ok to let go. It’s ok to let go. 
Let’s redefine the term of happiness: Happiness is doing what Allah like and liking what Allah did!

motif post ni: mohon ingatkan saya bila saya lupa.
lagi-lagi bila saya tetiba buat gila-gila dengan nak drop the course~

moga Allah tetapkan hati. Amin :)


0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!