Dearest my little sister,
Alhamdulillah,
Tahniah, tahniah, tahniah kerana
anda terpilih untuk ke IPT
So, here the answer scheme for your
vital questions;
(1. How
to think positively? 2. Macam mana nak redha?)
1. Think
positively
Ustaz
Dahlan pernah kata yang ‘segala yang Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk
kita’ (sumber: blog Ustazah Amani). Seriously, ‘Allah gives what you need, not
what you want.’ Mungkin kita nak tempat yang ada semua sahabat-sahabat yang
best, yang cool, yang satu kepala. Yang aci layan je semua benda gila-gila yang
kita nak buat. Tapi, kita kena sedar yang dalam hidup ni ada jodohnya; dan
jodoh setiap pertemuan adalah perpisahan. Tapi takpe biah, berpisah sementara
je. Berpisah posisi tapi hati tetap sama. Bak kata Ustaz Pahrol,
Sekarang,
yang perlu disiapkan adalah hati. Kena betul-betul reset niat, objektif,
limitation. Kena ada standard untuk semua perkara. Sahabat yang macam mana yang
biah betul-betul perlu? Berkawan boleh dengan semua, bersahabat biar dengan orang
yang betul-betul sayangkanNya. Sebabnya mudah je, orang yang sayang dengan
Allah, yang jaga hubungan dengan Allah; akan sayang sahabat dia kerana Allah.
Nanti di IPT, biah akan jumpa macam-macam jenis orang. Yes, this is the world!
Ada yang kenal kita time perlukan pertolongan, ada yang kenal kita time hajatkan
bantuan. Ada yang bila berlaku konflik, nilai persahabatan bukan setakat zero,
dah boleh jadi negative terus~~~ hew,… tapi, sahabat kerana Allah akan tetap
bersama dan kenal kita sepanjang masa.
IPT yang sempoi itu
Well,
aku rasa aku tak payah nak explain pasal sape aku. Kan? Haha.. sesungguhnya,
aku tahu yang kita sangat tak reti nak series dan do it the way they do. Kalau
ada silibus kesopanan dan ketatasusilaan memang kita la antara orang yang wajib
register. Tapi tak pe, bak kata kakak yang baik itu, nak rempit boleh; rempit
dengan solehah, nak tengok wayang boleh, tengok dengan solehah, nak lepak
boleh, lepak dengan solehah. So, apa yang berlaku? Kami semua kat IPT dengan
jayanya tengok wayang dan lepak dengan solehah.. haha. Caranya mudah je; pilih
satu cerita, bawak popcorn sorang satu, tutup lampu dan tengok kat laptop kawan
aku dalam bilik dia. Esok pagi, pakat-pakat bising aku tido dengan bahagia
sebelum cerita habis. Well, mandat aku kan lagi besar dari pelakon tu, wajib la
dia tengok aku dari aku tengok dia.
Lepak
dengan solehah? Mudah je, tempat yang paling best melepak dalam surau. Dan
sahabat sporting tahap petala kesepuluh pun aku jumpa kat surau. So, kita boleh
lepak-lepak dengan bahagianya kat sana. Like seriously, hidup kat IPT, boleh
jadi sangat mengeggar otak, kalau tak ingat Allah time marah, confirm rasa
macam nak blend hidup-hidup je orang yang cari pasal. Insha Allah, bila ang
lepak kat sana ang akan rasa sangat lega dan bahagia. Bila ang jumpa
orang-orang yang sama cita-cita ke Sana kat sana, depa boleh tolong positifkan
kan kita. So, jgn lupa minta sungguh-sungguh kat Allah moga dikurniakan sahabat
yang solehah J
Lagi
satu, aku taw yang sebenarnya ang risau orang susah nak terima orang yang macam
kita. Al-maklumlah, ramai sangat orang yang sopan lagi santun. Tapi takpe,
jangan risau sebab the Ustazah Ain said ‘biar kita tak sopan tapi kita tak
langgar syarak, dari kita sopan terlebih sampai terlanggar semua syarak’. Maksudnya,
lebih baik la ang teruskan gila-gila dengan solehah daripada ang tergedik-gedik
sebab terlebih sopan. Kan?
Ni cerita ngeri: aku pernah je nak jadi seorang yang pendiam lagi bersopan santun.
(hahaha… nak pengsan aku bila recall balik, sangat la tak boleh diterima akal).
Pernah aku balik dari satu kem tu, aku terbaca buku yang dia kata diam lebih
baik dari bercakap. Pastu, dengan penuh semangat nak berubahnya, aku pun diam
la sepanjang hari. Aku tak cakap selain pada nak bincang, no more gelak ketawa.
Muka aci series je sepanjang hari.. Dah
rasa macam kena kanun keseksaan pun ada. Sekali, malam tu kawan aku mai bilik
siap dengan panadol sepapan. Selamba je dia tanya ‘aku sakit ke’. Pastu, aku
cerita la misi dan visi aku hari tu. Siap, aku kata lagi yang aku kesian depa
kena kawan dengan aku yang senget dan sengal ni.. Kan bagus kalau aku jadi
macam ‘The Kakak XYZ’, series and sopan. Sekali, kawan aku tergelak
terguling-guling. Dan baru hari tu aku taw yang depa kawan ngan aku sebab the
way I am. Siap, depa kata lagi yang kami tak mungkin akan rapat macam adik
beradik kalau aku macam ‘The Kakak XYZ’. So, Tak perlu nak cover, tak perlu nak
over. Just be yourself, boleh buat itu ini, boleh melawak, boleh happy, asalkan
tak langgar syarak, everything is ok J
2) Macam
mana nak redha?
Ingat
sungguh-sungguh cerita ini wahai adik yang comel J
(sila jgn blushing… haha :P) Anas bin Malik pernah cerita yang
Rasulullah tetap bahagia walau apapun yang terjadi kat baginda. Rasulullah tak
pernah kata ‘Awat buat macam tu?’ ‘Awat tak buat macam ni?’ ‘Awat ada benda
ni?’ ‘Awat tak da benda ni?’ ‘Kan baik kalau ada yang ni’… tapi Rasulullah cuma
kata ‘Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah pasti terjadi’. So, apapun
yang terjadi ingat ingat ingat; semuanya Allah yang izinkan. Ingat juga pesan
ustaz Pahrol ‘jangan diminta dikecilkan ujian, mintalah dibesarkan iman
menghadapinya’
May Allah the Best Protector
protect your faith whenever you are.
Uncle Farid Sanullah said;
Hold on to the
rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good
just lead an awesome life and keep moving on! :)
positively touch!hek3!be urself,mind ur own bussiness!n ustzh ain will never get politely sister..wahahaha!
ReplyDeletecian2... krik2.. xpe, yg penting ang x go beyond the limit. aci la kan?
ReplyDelete