Searching...
Thursday, July 4, 2013

Reset Minda: Jom berhijrah!

  

Salam alaik :) 
Yang bernama hijrah punya dua definisi.
Pertama hijrah fizikal seperti yang dilakukan Rasulullah.
Kedua, hijrah spiritual seperti yang diseru oleh ayat ini.

Terkadang kita berusaha,
Terkadang kita melipatgandakan tenaga,
berharap yang impaknya bertambah signifikan.
Namun, kadang kala kita diuji.
Hasilnya tetap sama. Impaknya tak ke mana.
Yang bernama insan itu tetap berada di takuk lama.
Hingga, hati mula terasa ingin berhenti.
Tak mahu melangkah lagi.

Hingga, Allah yang Maha Mengetahui, 
mengingatkan, menyedarkan dan memujuk dengan penuh kasih.
"Dan orang yang berhijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi,
Pasti kami akan memberikan mereka tempat yang baik untuk mereka
di dunia, dan pahala akhirat pasti lebih besar sekiranya mereka mengetahui;
iaitu orang yang bersabar dan kepada tuhan mereka bertawakal!
Berhijrahlah duhai hati dan minda!
Bertawakal dan bersabar! 

Kerana Allah Yang Maha Adil itu menilai proses lebih dari hasilnya :)


0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!