Ustaz @ Kg. Nelayan Beach Resort, Kota Tinggi, Johor kata 'orang kata amal yang sikit tapi berterusan lebih baik dari amal yang banyak tapi terputus-putus. Tapi, alang-alang nak beramal, buatlah banyak-banyak dan berterusan. Pastinya itu lebih baik! :)' selamat beramal!
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda:
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Martabat hadith: Sahih
Keterangan:
Dalam kitab 'Aun al-Ma'bud disebutkan, Allah s.w.t. tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal.
Dalam kitab Syarah Sahih Muslim diterangkan; Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah s.w.t. secara berterusan.
0 comments:
Post a Comment